assalamualalaikum
how to start writing? hahh, dah lama aku tinggalkan blog ni. ada la dalam 4 hari maybe. tah la, malas nak mengira sbb ini bukan kelas matematik mahupun kelas add math yang membunuh perasaan, hati, jiwa dan raga yang sedang berbunga bak bunga mawar yang baru disirami dengan air.
btw, ni cerita lama punya. 2 minggu yang lepas kut. aku memang nak update pasal ni tapi asyik lupa jaa. ohh sorry, bukan lupa tapi malas nak taip. kan syiok kalau aku cakap jaa apa yang aku nak cerita tapi orang lain yang tolong taip. orang lain tolong taip? sapa orang tu? takkan nak suruh along taip kut, gila ka apa. dia dah taktau aku ada blog tetiba nak suruh dia taip pulak. takmau, stg malu la aku bila dia baca apa yang aku taip kat sini. dah la semua mengarut dan tak membina langsung. kalau aku suruh dia sekalipun, bukannya dia mau. dia tu malas macam aku jugak. cuma mungkin tahap kemalasan dia lebih tinggi daripada aku sebanyak 2%. dah laaaaaaaa, stop mengarut wahai nabilah. ni aku mencik bila aku update blog. dua perenggan dah sah-sah mengarut. eiiiiiiiiii.
hari tu aku, angah dengan abah keluaq p jitra sat. ada keja. bla bla bla bla, then abah kata nak kena photostip kertas tu. then kami pun p la kedai HM Othman yang kat jitra tu, dekat-dekat sebelah kedai yang oreang nak daftar memandu tu, alah yang depan dia ada jalan bertar warna hitam tu. dah la, tak penting pun aku cerita lokasi dia sebab hampa bukannya nak p pun. then aku pun masuk la kedai tu dengan penuh keanggunan. bagaikan perempuan melayu terakhir pun ada jugak. cehh.
aku pun p la beratuq nak photostip benda alah tu. depan aku ada 2 orang kut. nvm, tak penting pun semua tu. tetiba turn budak depan aku. perempuan, kecik jaa tapi bawak buku teks form 2 sejarah. aku pun buat taktau ja la. malas nak perati orang. bila dah siap photostip, pak cik tu pun cakap la
" 25 sen " seraya menati-nati budak tu bagi duit 25 sen tu. * betulka penggunaan seraya kat situ? ohh abaikan. aku malas nak pikiaq betoii ka dak tatabahasa aku tu *
pak cik? aku rasa dia dalam lingkungan awal 20-an jaaa tapi geli sangat aihh nak tulis n paggil abang. yarks, serius geli. oke sambung cerita, hampa tau dak, budak tu terpinga-pinga sambil tengok duit syiling yang terlatak berselerak di atas telapak tangan dia yang comeiii dan kecik itu. dalam hati aku dok berkata-kata, bila dia nak bayaq? aku dah naik lenguh berdiri kat ruang sempit ni. dah la mak cik sebelah aku ni kepoh. kalut nak potong barisan aku. menyampah betoiiiiiii. then pak cik a.k.a abang tu cakap
" dua kupang lima duit "
budak tu pun dengan senang hati bagi bayaq harga fotostip tu. rupanya budak tu taktau 25 sen itu seerti dgn 2 kupang 5 duit. hmm. aku pun lega sebab turn aku dah sampai. mak cik kepoh tu pun kalut suruh anak dia bagi kertas nak bainding * salah ejaan aku? ya, aku mmg tak reti eja perkataan tu pun. sobsobsob *
aku buat muka seposen depan pak cik a.k.a abang tu sambil jeling tajam menusuk kalbu dia. biaq dia takut dekat aku * kononnya la, walhal ckit pun dia tak goyang sama gua * dan akhirnya pak cik a.k.a abang tu fotostip kertas aku dulu. yeay, sayang hang 2 saat stranger. btw, aku ni, jenis malas nak letak duit atas tangan orang. so, dengan selamber badak ja, aku letak atas mesin fotostip dia n time dia nak bukak mesin fotostip dia tu, duit tu nak jatuh. aku pun gelabah sambil cepat-cepat bagitau dia tu duit aku. tetiba aku rasa macam kurang ajoo pulak bila aku buat centu. tapi aku buat bersebab bukan sesaja jaa. sebabnya, aku tak suka la letak duit atas tangan orang terutama lelaki. takut terkena tangan. geliiiiiiiii.
then aku pun blah. cerita pun tamat. kesimpulannya
" sila fahami 25 sen tu bermaksud 2 kupang 5 duit. even kita duduk dekat kedah, benda kecik ni pun kita kena tau wahaiii cik adik "
" mak cik oiii, sila la beratur, tak payah nak kalut sangat la. kalau nak cepat, p kedai lain oke? "
" wahai cik nabilah, mata tu jangan nak menjeling sangat. sepak stg kut "
tamat sudah cerita saya. harap maaf kerana saya selalu menyinggung hati awak. sayang awak.
oke bye
xoxo