assalamualaikum
sepatutnya aku update 3 hari lepas tapi kesibukan sebagai pelajar sekolah membataskan keinginan nafsu untuk membuka laman sosial. kuikuikui. rasa macam 24 hour sehari tak cukup untuk aku. ehh aku bajet macam banyak hw padahal orientasi jaa pun.
mula-mula aku bangun pagi, mandi, gosok gigi, sarapan nasi lemak mak cik mana tah sebab mak aku tak siapkan breakfast for that day. aku kena daftar pukul 9 pagi tapi abah ada hal so dia hantar aku awal sikit. and aronud 8.30 kereta dah tiba depan hadapan sekolah. aku pun mula la text jiha dgn mirza. almaklumlah first day dekat sekolah baru, mana aku nak tau susun atur bangunan dia. buatnya sesat sensorang tak ka naya.
tak berapa lama kemudian jiha sampai. then kami pun sembang la depan pagar sementara tunggu mirza. tetiba nampak dira turun keta. ehh, dira masuk form 6 ? rasa macam nak pengsan. oxygen please. serius aku tak percaya. then kami berangkat mencari dewan without mirza sebab mirza suruh kami berambus dulu, dia ada hal kejap. then mirza sampai, kami jemput dia dekat gelanggang apa tah. ohh idk. kami pun terkedek-kedek ikut orang lain pergi dewan. then daftar nama, cari tempat duduk, pandang sekeliling, buat kesimpulan dalam hati bla bla bla.
penceramah tu memang pandai bahagi kump kan? dia suruh bff paling rapat duduk depan kita. then dia suruh kira 1 until 10, 1 by 1. semestinyalaa kita tak akan satu group dengan bff kita kan? ohh, bijak bijak, patut dia boleh jadi lecture. satu group ada 10 orang ahli. alhamdulilah, ahli aku tak ada yang over acting, mengada-ngades, bajet macho, belagak or apa-apa jaa laa yang berkaitan dengan negative. group aku dibintangi oleh
aku - budak yang pemalu yang hanya tersenyum sahaja even aku tak rasa benda tu lawak. puiii muka mintak penampar.
fitrah - aku penah sembang dgn dia dua tiga kali jaa time dekat BBDians without know her name. funny rite? dia ni banyak idea yang bernas, matured, berterus-terang. dalam group, dia la yang aku rapat pun.
rina - pendiam, second day baru aku mula cakap dengan dia maybe dia ni kategori malu kuasa dua puluh enam kut. kuikuikui.
amani - OMG, nampak over tapi setiap cadangan dia mesti dia mintak pendapat kami dulu. so, aku tak kisahlaa sangat dengan sikap dia. satu benda yang aku kagum dengan dia adalah keberanian. that all.
eyla - ohh macam nama aku pulak. ehh dak aku tipu jaaa. first day, aku taktau langsung nama dia. banyak idea n cute bila dia pakai spek kalau dia buang spek nama mata dia sebam. ehh?
qristina- sapa tak kenai budak siam ni, aku hantuk kepala dia kat dinding. dia suka senyum. ex- BBDians jugak.
mat- ketua kami. berani ke hadapan untuk bentangkan kertas kerja. salute sebab nampak dia ni macam hmm taktau nak cakap. buat-buat paham dah laa.
aiman - aku rasa ni la aiman yang pain minat tu. pendiam yang teramat sangat. nak dengar dia cakap sepatah pun susah, agaknya mas berketul-ketul dalam mulut dia kut. maybe dia tak suka masuk group kami kut. lantak dia, kesah pulak aku. kuikuikui.
wafi- budak BBDians sama macam aiman. sporting.
p/s : sapa tah lagi dua orang laki group aku? aku lupa nama depa laaa. maafkan saya.
antara aktiviti kami
dengar ceramah apatah, terlupa laa. besala minda ni termelayang hingga ke istanbul kut. kuikuikui. beli folder yang ada gambar sekolah tapi aku tak aku tak sempat nak hayati gambar di folder tu. next, kami kena duduk berhadapan dgn bff then tanya soalan bodoh yang memang aku tau dah jawapan dia. kuikuikui. lukis gambar yang menggambarkan peribadi kawan yang paling rapat dengan kita. aktiviti ni, aku duduk dgn mirza. dira pulak duduk dengan jiha.
bagi aktiviti berkupulan pulak, bina menara menggunakan paper. diulang paper only without glue, stapler bla bla bla. nama menara kami " menara mungkin roboh " wafi kut yang bagi nama ni. aku lupa laa. aku suggest letak nama " menara senget " tapi dia tak perasan maybe sebab jarak kami jauh sedikit. 3 menara yang tertinggi dan tidak tumbang dikira sebagai pemenang. group kami kalah sebab tak ditakdirkan untuk menang laa. esh -..-
btw, first day dekat sekolah tu aku hanya tau dimana dewan n kantin jaa. toilet dia pun aku taktau kat mana. tak sempat nak menerjah. kesian kan :3
oke bye
xoxo
weh,amani yasmin kah? bdak tnjung pauh kan?
ReplyDeleteyup ! awat ?
Deleteyaya. dia dulu sekolah sekali dengan kita. sekolah rendah BBD.
ReplyDelete