assalamualaikum
haiii. pagi. bara-bara. bere-bere.
nampak dak ABC hat aku tulih tu ? wah hang ingat senang nak tulih ABC. tak senang wey. kena ada ukuran, garisan bagai. aku pakai hentam buat jaa. bila puan tu check, dia kata sini salah, sana salah, semua salah. hambek hang. dia kata kalau aku buat macam tu, boleh dapat 10/100. okey sentap. telan ayaq liur berkali-kali sambil sengih konon gentle. haha. bongok.
disebabkan kelas tu hari khamis and petang tu aku balik rumah, so aku terpaksa laa buat benda nih dekat rumah. balik hujung minggu pun letih serupa dok kamsis. ehh.
hampa tau dak, kita selama nih tulih huruf alphabet tak betoi ? main terjah jaa. hakikatnya huruf sebenar dia berbeza dengan apa yang kita selalu dok tulis hari-hari. contoh huruf K, number 4 bla bla bla. aku google kat internet pun, macam-macam bentuk dia bagi. last-last aku pun rasa macam nak tumbuk google berjuta kali.
ohh, mesti orang pelik pasaipa aku belajaq alphabet kan. btw, aku ambik perancangan bandar dan wilayah dan ini kelas studio planning. memang laa nama dia planning tapi kami kena mula lukis dari bawah. kiranya alphabet nih asas kepada semua tu laa. bukan mudah nak tulis ABC nih sebab setiap huruf dan garisan ada markah. kena hati-hati. kalau jiwa hampa tengah kacau, hampa punya ABC pun kacau bilau. hihi.
gambaq blur. nih muka budak politeknik bukan universiti. saya tahu aras saya di mana.
doakan aku semoga aku terus tabah menghadapi semua rintangan dan cabaran. doa laa hat baik-baik kat aku. semoga doa baik-baik hampa untuk aku tu, Allah makbulkan. terima kasih. salam 1 Malaysia.
bye
No comments:
Post a Comment